Jadual Spesifikasi Ujian.
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta
memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan
Kepentingan JSU :
Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat
dilakukan secara terancang dan rapi.
Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan
pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke
setahun.
Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain
JSU mengandungi maklumat tentang:
Bentuk dan panjangnya ujian
Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan
kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan
penegasan yang diberi dalam pengajaran.
Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang
akan diuji.
Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan
soalan subjektif.
Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.
Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat kemahiran. JSU ini akan menetapkan bilangan soalan yang perlu diuji bagi setiap tajuk/subtajuk pada setiap peringkat kemahiran. JSU yang lengkap dibina akan menjadi panduan kepada penggubal soalan. Jika JSU dipatuhi dengan teliti, maka ujian yang dibina adalah:
a)sah dari segi kandungan sukatan pelajarannya,
b)stabil dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya dari setahun ke setahun,
c)sama dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya walaupun ujian dibina oleh . . . orang yang berlainan.
Menggubal soalan.
Langkah ini dilakukan oleh pakar-pakar dalam mata pelajaran berkenaan. Penggubal perlu menulis soalan berdasarkan JSU dari segi kandungan dan kemahiran yang hendak diuji. Soalan hendaklah ditulis berpandukan kepada prinsip penulisan soalan. Secara umumnya, kriteria yang perlu ada pada seseorang penggubal ialah:
a) menguasai isi kandungan silibus, termasuklah kesedaran tentang sebarang kesukaran yang dihadapi oleh pelajar untuk menguasai mata pelajaran, kesedaran tentang kekeliruan atau kesilapan yang lazim dibuat oleh pelajar (penting untuk membina distraktor dalam soalan aneka pilihan), dan kesedaran tentang kesukaran bandingan antara tajuk- tajuk yang ada. Kesedaran itu penting kerana sampel soalan perlu didasarkan pada kesukaran bandingan yang ada supaya kertas soalan tidak menjadi terlalu mudah atau terlalu susah,
b) mempunyai objektif pendidikan yang rasional supaya dapat membezakan antara perkara yang penting diketahui oleh pelajar dengan perkara yang remeh-temeh yang tidak perlu diuji,
c) memahami dan menyedari tahap pendidikan pelajar supaya soalan yang dibina dapat disesuaikan dengan kemampuan mental pelajar tanpa menjejaskan standard soalan. Ini penting untuk mengelakkan sebarang perkara yang menimbulkan keraguan atau perkara di luar liputan sukatan pelajaran,
d) mahir dalam perhubungan verbal supaya soalan yang ditulis tepat maknanya secara eksplisit dan implisit dan betul jalan bahasanya; kesilapan tafsiran kerana penggunaan kata-kata atau ungkapan yang kurang tepat dalam soalan esei dapat dibetulkan dengan mengubahsuaikan skema pemarkahan tetapi dalam soalan aneka pilihan, ubahsuaian ini tidak dapat dilakukan,
e) mahir dalam teknik menulis soalan dengan menggunakan imaginasi clan daya cipta sendiri.
Memilih dan menyelaraskan soalan.
Soalan (terutamanya soalan aneka pilihan) hendaklah digubal berdasarkan kehendak JSU disemak oleh satu jawatankuasa/panel berdasarkan kriteria yang berikut.
a) Pokok soalan lengkap dan jelas.
b) Tugasan soalan jelas dan terfokus.
c) Soalan dapat digolongkan ke dalam mana-mana satu bidang isi kandungan-kemahiran yang terdapat dalam JSU.
d) Teori, konsep, prinsip yang terlibat adalah arlit kepada pelajar.
e) Laras bahasa sesuai dan tatabahasa betul.
Jawatankuasa/panel juga bertanggungjawab memperbaiki sebarang kesilapan atau kecacatan yang terdapat pada soalan-soalan yang dipilih.
Memprauji soalan.
Soalan-soalan yang terpilih disusun mengikut kehendak JSU sehingga menjadi satu set soalan untuk diprauji kepada satu sampel caton. Praujian ini bertujuan untuk mengetahui aras kesukaran dan indeks diskriminasi setiap soalan. Hanya soalan yang mempunyai aras kesukaran yang dibenarkan dan kuasa diskriminasi yang baik sahaja yang dipilih untuk digunakan dalam peperiksaan sebenar
Menyediakan kertas soalan.
Setelah diprauji, soalan-soalan yang bermutu dipilih mengikut bilangan yang ditetapkan oleh JSU untuk dijadikan kertas soalan sebenar. Soalan yang dipilih ialah soalan yang mempunyai aras kesukaran yang sederhana dan mempunyai kuasa diskriminasi yang baik.
Thursday, February 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment